May 30, 2007

::duniaku::

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki:

"Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?"

Jawapan Saidina Ali memeranjatkan lelaki itu:

"Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak"

---------------------
Duniaku;


Ada orang terlau taksub dengan kekayaan.

"Selagi hidup gali duit banyak-banyak. Kumpul harta berlambak-lambak"
- Mr...

Ada orang suka hiburan.

"Enjoy, enjoy sampai pagi. Kita muda lagi. Dah tua nanti bertaubatlah"
-awek cun...

Ada orang macam kat bawah..

"Kiblat? Er, rasanya matahari terbenam kat sebelah situ. Eh..eh..alah, awak solat jelah kat masjid, kan senang. Saya ni tak pasti lah, kompas saya pulak dah rosak" -Pakcik Karim, jiran Encik S.

Beberapa orang macam ni pulak.

Solat? Apa tu? Kenapa Mama tak sembahnyang?? Alah, mama uzurlah sayang"
-Puan B yang hampir kantoi dengan anaknya (..dah berbulan-bulan uzur:P)

Dan ada yang macam ni.

"Alamak ai, you all ni tak open mindedlah, kalu I tak pakai tudung pun, I solat tau. You all ni nak sibuk-sibuk kenapa. Kubur pun lain-lain..." -Cik H...

Dan ini..

Melayu ni kolot ar. Suka hati gua lah nak minum ke, pompuan ke....mak bapak gua pun tak pernah nak suruh sembahyang, korang ni lorat ar. Kalu tak buat ni sume, tak majulah korang..hik hik...- " Bro A..


Dunia memang banyak sangat dugaan. Itu antara yang buruk-buruk dari kacamata saya. Hasil temuramah tak formal dengan ahli-ahli dunia.

Dugaan untuk saya, anda dan kalian: untuk mengikut arus perdana barat, atau berteleku dengan ajaran syariat.

Bertuahlah sebab Nabi minta pada Allah supaya pembalasan untuk umatnya ditangguhkan pada hari Kiamat. Jika kita ni umat Nabi lain...memang dah dapat balasan 'on the spot'

Nabi risaukan kita. Umar, Usman dan 'Ali semuanya risau dan bimbangkan kita. Semua berjuang untuk sebarkan cara hidup sempurna. Semuanya berjuang untuk semaikan Islam ke seluruh dunia. Kita???

Kita jarang dah nak risau. Kita lebih risau untuk buat baik. Takut kena perli sebab alim sangat. Malu kena sindir sebab pakai tudung lepas pergi Umrah. Dan dah jadi malu nak amalkan syariat. Lebih mudah ikut barat, kononnya lebih berwawasan dan maju pesat :p

----------------------------------

Dunia adalah tempat singgah rehat, tempat bermain dan memuaskan nafsu-nafsu yang tak pernah penat.

Hanya jiwa yang temalinya dekat pada Tuhan akan sedar, bahawa dunia adalah sekadar sebuah tempat singgah. Untuk melabur kebaikan, mencari bekalan baik, menyemai benih-benih mahmudah...

....agar dapat dituai dan dijual pada Tuhan. Dapat balasan dan ganjaran yang besar. Dapat hidup lebih bermakna, di syurga yang kekal selamanya.

----------------------------------

Memang perlu berjuang.

Tinggalkan maksiat. Jauhi dosa. Buat baik. Amalkan ibadat. Kerana semuanya akan diganjari pahala. Akan menjadikan kita tenang. Akan memberi makna sebenar bahagia. Itulah sebaik bekalan menuju akhirat; tempat tinggal abadi.

Terus berdo'a.

No comments: